July 23, 2026

Memperkasa Ilmu Kerohanian: Sekitar Program Tafaqquh Fiddin UCAM & JAIM

Memperkasa Ilmu Kerohanian: Sekitar Program Tafaqquh Fiddin UCAM & JAIM

Alhamdulillah, malam semalam (22 Julai 2026) telah berlangsungnya Program Tafaqquh Fiddin dengan jayanya bertempat di Surau Uwais Al-Qarni, UCAM.

Program berilmiah anjuran Jabatan Agama Islam Daerah Alor Gajah (JAIM) ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada barisan siswa dan siswi UCAM. Lebih bermakna lagi, majlis turut diserikan dengan kehadiran warga Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TR HEPA) serta barisan staf iaitu:

  • Kapt. Bersekutu (PA) Khairil Shukri Bin Mohamad Tahier

  • Puan Nur Amira Binti Mohamed @ Zainun Abidin (Kaunselor UCAM)

  • Puan Nurul Izzati Binti Rahmat

  • Encik Muhammad Faris Bin Sabran

Apa yang menarik? Melalui sesi ini, para peserta telah didedahkan dengan kaedah pembelajaran secara praktikal dari awal hingga akhir. Pendekatan ini bukan sahaja memberikan kefahaman yang lebih jelas, malah membuahkan satu pengalaman pembelajaran kerohanian yang sangat mendalam dan bermakna buat semua yang hadir.

Semoga usaha murni ini terus menyuburkan taman-taman ilmu di UCAM! 📖✨

Artikel Berkenaan