July 27, 2026

Konvensyen Pekebun Kecil RISDA (Zon Tengah) 2026: Platform Perkasa Ilmu dan Ekonomi Desa

Bermula hari ini, Seremban menjadi tuan rumah bagi Konvensyen Pekebun Kecil RISDA (Zon Tengah) 2026 yang menghimpunkan para pekebun kecil untuk siri perkongsian ilmu komprehensif.

Sekitar kemeriahan dan kelancaran program Konvensyen Pekebun Kecil RISDA bagi Zon Tengah yang diadakan bertempat di Seremban, Negeri Sembilan bermula hari ini.

Seawal pagi hingga ke petang, para pekebun kecil kita begitu komited mengikuti siri perkongsian yang padat dengan ilmu dan pengalaman berharga bagi memperkukuh pengetahuan dalam industri getah serta pembangunan luar bandar.

Pelbagai topik penting telah dikupas sepanjang sesi ini, antaranya:

  • 📈 Hala tuju Transformasi RISDA 2026–2030

  • 🌱 Pengesyoran klon & teknologi huluan getah

  • 🤝 Pembangunan komuniti pekebun kecil

  • ⚖️ Peranan RISDA sebagai Pembeli Getah Utama (Anchor Buyer)

  • 🕌 Peluang ekonomi dalam industri halal

Setiap sesi direka khusus untuk memberi pendedahan baharu yang praktikal untuk melonjakkan produktiviti kebun, memperkukuh rantaian pemasaran hasil, serta membuka lebih banyak peluang untuk menambah nilai pendapatan pekebun kecil.

Semoga segala ilmu yang diperoleh pada hari ini menjadi pemangkin kepada kesejahteraan ekonomi masyarakat desa dan seterusnya memacu pembangunan industri getah negara! 💪

Artikel Berkenaan