🌳 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐛𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥, 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐚 🌳
Petang tadi, saya berkesempatan meluangkan masa bersama para pekebun kecil dari seluruh Negeri Sembilan dalam Konvensyen Pekebun Kecil RISDA Peringkat Zon Tengah di Seremban.
Pertemuan ini amat bermakna kerana golongan inilah urat nadi ekonomi desa kita! Titik peluh mereka bukan sahaja menyara keluarga, malah menjadi penyumbang utama kepada industri getah negara. Oleh itu, amat penting untuk kita memastikan mereka menerima pulangan yang lebih baik dan bermaruah.
Alhamdulillah, usaha menjadikan RISDA sebagai Pembeli Getah Utama (Anchor Buyer) mula membuahkan hasil positif di Negeri Sembilan tahun ini:
-
636 tan metrik getah berjaya dikutip
-
Nilai kutipan melebihi RM2.5 juta
Inisiatif ini akan terus diperkasa untuk memastikan rantaian pemasaran yang lebih cekap dan mekanisme harga yang telus. Insya-Allah, saya bersama seluruh warga KKDW akan sentiasa komited membela nasib pekebun kecil dengan sokongan teknologi, produktiviti, dan akses pasaran yang lebih meluas.
Terus maju ekonomi desa! 💪













