JAMUAN MAKAN PERDANA AIDILADHA UCAM 2026
Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) telah menganjurkan Jamuan Makan Perdana Aidiladha UCAM 2026 yang berlangsung dalam suasana yang penuh kemeriahan dan ukhuwah bersempena dengan sambutan perayaan tersebut pada 5 Jun 2026 yang lalu.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan seluruh warga UCAM, di samping menjadi medium terbaik untuk merapatkan lagi tali silaturahim dan ukhuwah antara kakitangan serta pelajar melalui perkongsian rezeki bersama.
Semoga keberkatan sambutan Aidiladha pada tahun ini akan terus menyemai nilai-nilai murni seperti erti pengorbanan yang sebenar, keikhlasan jiwa, serta mengukuhkan lagi semangat kekeluargaan yang utuh di dalam keluarga besar UCAM.













