KEJAYAAN PASUKAN INOVASI RISDA DAN UCAM DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan inovasi Smart Cup Fertilizer (SCF) dari Pejabat RISDA Daerah Sandakan dan Bio Capsule Fungicide (BCF) dari Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM)!
Mewakili Warga Kerja Kumpulan RISDA, kedua-dua pasukan ini telah berjaya mengharumkan nama organisasi dan negara menerusi pencapaian yang amat cemerlang di International Invention & Innovation Competition & Innovation World Cup. Pertandingan berprestij ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Universitas Negeri Jakarta, Indonesia pada 3 hingga 7 Jun 2026 yang lalu.
Antara kejayaan membanggakan yang berjaya dirangkul oleh pasukan adalah:
- 🏆 Special Best Award (Platinum Award)
- 🥇 Gold Award – International Invention & Innovation Competition
- 🥇 Gold Award – Innovation World Cup
Lebih manis lagi, pencapaian ini diraih hasil persaingan sengit melibatkan 212 kumpulan inovasi yang menyertai pertandingan ini dari seluruh negara. Kejayaan luar biasa ini merupakan bukti jelas terhadap komitmen, kreativiti, serta dedikasi tinggi pasukan dalam menghasilkan produk inovasi yang berkualiti dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Semoga pencapaian hebat ini akan menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja untuk terus mencipta kecemerlangan dan mengangkat nama RISDA ke persada global yang lebih tinggi.
“Inovasi Membawa Kecemerlangan, Kejayaan Menjadi Inspirasi.”













