KURSUS IN-SITU AGROMAKANAN RISDA KUALA PILAH
Sekitar kelangsungan Kursus In-Situ Agromakanan anjuran Unit Pembangunan Usahawan dan Program Khas RISDA Kuala Pilah yang telah melabuhkan tirainya dengan jayanya bertempat di Pejabat RISDA Daerah Kuala Pilah baru-baru ini.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada barisan penceramah jemputan atas kesudian mencurahkan ilmu dan kepakaran mereka bersama para peserta:
- Encik Mohd Jamiludin bin Sarip
- Encik Muhammad Farid bin Abdul Hakim Lim
Segala pengisian dan ilmu yang dikongsikan sepanjang kursus ini amat padat dan berjaya membuka minda para peserta. Semoga setiap usahawan yang hadir dapat mengaplikasikan strategi dan teknik agromakanan yang dipelajari demi melonjakkan lagi potensi serta perniagaan masing-masing ke tahap yang lebih membanggakan.
Syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen yang cemerlang. Kita berjumpa lagi di program yang akan datang!













