June 12, 2026

Sekitar Sesi Townhall Bersama Timbalan Rektor HEPA & Pengantarabangsaan UCAM

Sekitar Sesi Townhall Bersama Timbalan Rektor HEPA & Pengantarabangsaan UCAM

SESI TOWNHALL BERSAMA TIMBALAN REKTOR HEPA & PENGANTARABANGSAAN UCAM

Sesi Townhall bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pengantarabangsaan (HEPA) UCAM telah berlangsung dengan lancar dan jayanya pada hari Rabu, 10 Jun 2026 bertempat di Auditorium Datuk Dr Faridah Hanam, UCAM.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua barisan kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi UCAM yang telah hadir dan memberikan komitmen yang cemerlang sepanjang program ini berlangsung. Semoga segala perkongsian maklumat, lontaran pandangan, serta perbincangan dua hala yang telah diadakan dapat memberikan manfaat yang bermakna, di samping memperkukuhkan lagi hubungan baik antara pihak pengurusan universiti dengan para pelajar.

Mari kita bersama-sama berganding bahu untuk terus melakar kecemerlangan dan membawa nama UCAM ke mercu kejayaan yang lebih tinggi!

Artikel Berkenaan