PROGRAM PERSADA ACTIONHUNT: UNLOCK THE PIECES
Program PERSADA ACTIONHUNT: Unlock The Pieces yang dianjurkan dengan kerjasama PERSADA UTeM telah melabuhkan tirainya dengan meriah dan jayanya pada hari Sabtu yang lalu.
Penganjuran program interaktif ini bermatlamat untuk mengeratkan lagi tali silaturahim, di samping memperkukuhkan semangat kerjasama yang jitu dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi PERSADA Zon Selatan.
Objektif murni ini telah berjaya diterjemahkan melalui pelaksanaan aktiviti explorace yang bukan sahaja sihat dan menyeronokkan, malah direka khusus berteraskan kepada pembentukan nilai kepimpinan, asahan daya kreativiti, serta pemerkasaan elemen kerja berpasukan yang mantap.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang sporting serta barisan jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus-lumus merealisasikan program yang bermakna ini. Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus mekar dan berkekalan!













