KURSUS KEPIMPINAN SMK SULTAN ALAUDDIN DI UCAM
Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) amat menghargai dan berbesar hati menerima kunjungan dan kehadiran para peserta Kursus Kepimpinan SMK Sultan Alauddin ke kampus kami baru-baru ini.
Majlis Penutup program yang penuh bermakna ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh Yang Berbahagia KAPT Bersekutu (PA) Khairil Shukri bin Mohd Tahier, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pengantarabangsaan (HEPA) UCAM, yang hadir mewakili Ketua Eksekutif UCAM.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan SMK Sultan Alauddin atas kepercayaan serta kerjasama utuh yang telah diberikan kepada pihak UCAM. Semoga penganjuran program seumpama ini akan terus berjaya melahirkan barisan pemimpin muda yang berwibawa, berintegriti, dan cemerlang pada masa hadapan!













