TAHNIAH KEPADA KELAB HIKING YOUTH UCAM!
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Kelab Hiking Youth UCAM atas kejayaan menamatkan ekspedisi pendakian ke Bukit Batu Putih, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Apa yang lebih membanggakan, terdapat ahli kelab yang secara sukarela mengambil inisiatif mengutip sampah di sepanjang trek pendakian. Usaha murni ini jelas menunjukkan sikap keprihatinan serta rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap penjagaan dan kelestarian alam sekitar.
Syabas diucapkan atas komitmen luar biasa ini! Ia pastinya menjadi contoh teladan yang terbaik kepada komuniti pendaki muda di luar sana. Ekspedisi pendakian ini juga telah diiringi oleh Encik Fazley bin Muhamad Lazim, yang turut hadir dan bertindak selaku jurupandu arah (guide) bagi memastikan kelancaran serta keselamatan para peserta.
Teruskan semangat kecintaan terhadap alam semula jadi dan gaya hidup sihat. UCAM Boleh!













