June 15, 2026

Pelajar UCAM Sertai Program Kembara Inspirasi Belia Rakan Akar Umbi Peringkat Negeri Melaka

Pelajar UCAM Sertai Program Kembara Inspirasi Belia Rakan Akar Umbi Peringkat Negeri Melaka

PROGRAM KEMBARA INSPIRASI BELIA RAKAN AKAR UMBI

Program Kembara Inspirasi Belia Rakan Akar Umbi Peringkat Negeri Melaka anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia telah melabuhkan tirainya dengan penuh kemeriahan bertempat di Kampung Paya Redan, Ayer Molek, Melaka.

Membawa semangat belia yang jitu, barisan pelajar Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) di bawah naungan Sekretariat Rakan Muda UCAM telah turut serta menjayakan program ini dengan penuh semangat dan komitmen yang tinggi.

Hadir sama bagi memberikan sokongan moral yang padu kepada para mahasiswa adalah KAPT Bersekutu (PA) Khairil Shukri bin Mohd Tahier, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pengantarabangsaan (HEPA) UCAM. Turut meluangkan masa bersama pelajar adalah Encik Mohd Fadli bin Bahar serta Cik Nur Amira binti Mohamed @ Zainun Abidin, selaku Kaunselor UCAM.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga UCAM yang terlibat! Semoga semangat kebeliaan ini akan terus membara dan menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat. Teruskan melangkah ke hadapan dan berikan impak yang positif demi kemajuan masa depan negara!

Artikel Berkenaan