KUNJUNG HORMAT KOLEJ RISDA KE LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG
Sekitar berlangsungnya sesi lawatan kunjung hormat oleh Ketua Eksekutif Kolej RISDA Sdn. Bhd. kepada Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) baru-baru ini.
Pertemuan yang penuh bermakna ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi jalinan silaturahim dan hubungan dua hala antara kedua-dua organisasi. Selain itu, sesi ini juga membuka ruang perbincangan yang positif bagi meneroka potensi kerjasama strategik pada masa hadapan, khususnya dalam aspek pembangunan modal insan, peluang pendidikan, dan pemerkasaan komuniti.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan PERDA atas kesudian meluangkan masa menerima serta menyantuni kunjungan delegasi Kolej RISDA. Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada pelbagai inisiatif usahasama yang bakal membawa manfaat berpanjangan kepada semua pihak!













