June 26, 2026

Kemeriahan Program Makeup Battle Anjuran MPP UCAM

Kemeriahan Program Makeup Battle Anjuran MPP UCAM

KEMERIAHAN PROGRAM MAKEUP BATTLE UCAM

Sekitar perjalanan dan kemeriahan Program Makeup Battle anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UCAM yang telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Jun 2026 yang lalu.

Program yang penuh dengan bakat dan kreativiti ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih menarik lagi, saingan persahabatan ini telah merapatkan ukhuwah warga kampus kerana ia melibatkan penyertaan daripada pelbagai peringkat, yang terdiri daripada kalangan pensyarah, barisan staf, serta mahasiswi UCAM sendiri.

Tahniah diucapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atas inisiatif penganjuran program yang santai namun meriah ini. Syabas juga kepada semua peserta yang berani menyahut cabaran dan mempamerkan bakat luar biasa dalam seni solekan!

Artikel Berkenaan