SEKITAR PROGRAM FINISHING SCHOOL UCAM BERSAMA PERKESO
Program Finishing School anjuran Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEPA) dengan kerjasama pihak PERKESO telah berjaya dilangsungkan. Program persediaan ini telah dihadiri oleh barisan siswa dan siswi yang bakal menjalani latihan industri (praktikal) pada sesi Oktober 2026.
Sepanjang program ini berlangsung, para peserta telah diberikan pendedahan dan persediaan penting sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar. Antara pengisian utama yang dikongsikan termasuklah:
- Panduan penyediaan resume yang berkualiti dan profesional.
- Teknik serta etika menghadiri sesi temu duga.
- Pendaftaran terus bagi pencarian pekerjaan menggunakan portal MYFutureJobs secara dalam talian.
- Perkongsian eksklusif mengenai persediaan fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran dunia kerjaya.
Ribuan terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar UCAM!













