Fakulti Pengurusan Perniagaan UCAM telah menganjurkan Bengkel Personality Grooming yang berlangsung penuh bersemangat pagi tadi.
Bengkel ini memberi pendedahan kepada peserta dalam aspek:
- Memahami dan mengubah corak pemikiran
- Memahami gaya tingkah laku diri dan orang lain
- Meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan dan pengaruh
- Penampilan diri yang profesional dan meyakinkan
Suasana bengkel begitu interaktif — peserta aktif bertanya, mencuba teknik, dan membawa pulang keyakinan diri yang baharu.
Tahniah kepada semua peserta! Teruskan menyerlah dengan imej profesional yang positif dan berwibawa.













