Program promosi UCAM telah berlangsung meriah di Sekolah Menengah Kebangsaan Benut pada 16 Oktober 2025.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Safiah binti Abu Noh dan Puan Rofishah binti Jusoh atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan inisiatif promosi pendidikan ini.
Program seperti ini diharapkan dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai peluang pengajian lanjutan, bidang kerjaya masa hadapan serta peranan pendidikan STEM dan TVET dalam membentuk modal insan berkemahiran tinggi.













