September 9, 2025

Bakat Seni UCAM Unggul di Fiesta Rakan Muda 2025

UCAM raih Johan, Naib Johan dan tempat ke-4, ke-6 Pertandingan Doodle Arts Fiesta Rakan Muda.

Universiti UCAM sekali lagi mencatat sejarah membanggakan apabila berjaya mengungguli Pertandingan Doodle Arts sempena Fiesta Rakan Muda yang berlangsung di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir.

Daripada lebih 80 penyertaan, UCAM bukan sahaja meraih gelaran Johan, malah turut membolot tempat Naib Johan, ke-4, dan ke-6.

Kejayaan ini secara langsung melayakkan wakil UCAM untuk mewakili Negeri Melaka ke Pertandingan Doodle Arts Peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung pada bulan Oktober 2025. 

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Kota Melaka bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, dengan turut disaksikan oleh TR HEPA.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta UCAM atas pencapaian cemerlang ini. Semoga kejayaan di peringkat negeri ini menjadi pemangkin untuk mengharumkan nama UCAM di pentas kebangsaan!

Artikel Berkenaan