Belia Luar Bandar, Anda Hebat!
Kursus Kecemerlangan Belia Luar Bandar 2025 anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) telah berlangsung dengan penuh semangat dan inspirasi di Grand Swiss Bell, Melaka.
Peserta bukan sahaja berpeluang menimba ilmu kepimpinan dan kemahiran, malah turut mengikuti lawatan ke Muzium Pengarah Bandar Hilir, Melaka, sekali gus memperkaya pengalaman mereka.
Seramai 25 siswa dan siswi UCAM turut hadir, membuktikan bahawa anak muda luar bandar berani menyahut cabaran untuk menjadi pemimpin masa depan.
Program ini menjadi bukti bahawa belia luar bandar mampu mencipta kecemerlangan apabila diberi ruang dan peluang.
Saksikan wajah-wajah penuh semangat para peserta sepanjang program ini!