Sekitar Pameran Sempena Majlis Peluncuran Motivasi Desa (MODE)
UCAM telah turut serta dalam Pameran Sempena Majlis Peluncuran Motivasi Desa (MODE) anjuran KEMAS, yang berlangsung di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak.
Penyertaan ini memberi peluang kepada UCAM untuk memperkenalkan program-program pengajian, peluang pembelajaran, serta perkongsian ilmu kepada masyarakat setempat, khususnya generasi muda luar bandar.
Majlis ini turut menjadi platform memperkukuh jaringan kolaborasi antara UCAM, agensi kerajaan, dan komuniti, seiring usaha menyokong pembangunan pendidikan serta aspirasi motivasi desa.