Literasi Statistik Perkukuh Ilmu, Perpaduan & Pembangunan
Program Literasi Statistik sempena Hari Statistik Negara (HSN) 2025 dan Hari Statistik Sedunia 2025 di UCAM.
Program ini telah berlangsung di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dan memberi pendedahan kepada warga kampus mengenai:
- Peranan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Melaka
- Kepentingan statistik dalam merangka dasar pembangunan negeri
- Mengukuhkan hubungan antara DOSM dan komuniti UCAM
Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan literasi statistik dalam kalangan pelajar dan staf, malah menyokong usaha memperkasa ilmu, perpaduan dan pembangunan negara.












