Fakulti Sains Sosial dan Teknologi Maklumat
Pengenalan
Program Diploma Sains Komputer (Rangkaian) memberi tumpuan kepada asas teori dan aplikasi dalam bidang teknologi maklumat dengan penekanan kepada rangkaian komputer, keselamatan siber, sistem rangkaian, serta penyelesaian masalah berkaitan infrastruktur IT. Pelajar akan dilengkapi dengan kemahiran teknikal yang relevan untuk membina, menyelenggara dan mengurus sistem rangkaian dalam organisasi moden.
JPT/BPP(R/481/4/0109)07/24, MQA/FA4666
3 Tahun (6 Semester)
RM19,800
Kelayakan Masuk
Struktur Program
Prospek Kerjaya
Kelayakan Masuk
Pelajar Tempatan
Syarat Kemasukan
- Lulus SPM / SPMV dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian termasuk Matematik; ATAU
- Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya gred B dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik; ATAU
- Lulus O-Level dengan sekurang-kurangnya gred C dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik; ATAU
- Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan kepujian dalam Matematik; ATAU
- Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan kepujian dalam Matematik; ATAU
- Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan kepujian dalam Matematik; ATAU
- Lulus STPM atau setara dengan sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran DAN kepujian Matematik di peringkat SPM; ATAU
- Lulus STAM (pangkat Maqbul) DAN kepujian Matematik di peringkat SPM; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia.
* Calon yang tidak mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM boleh diterima masuk sekiranya program Sijil tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik yang setara.
* Calon yang mempunyai kepujian dalam mana-mana mata pelajaran berkaitan bidang pengkomputeran di peringkat SPM atau setara dengannya akan diberi keutamaan.
Struktur Program
Muat Naik PDF Struktur Program
Prospek Kerjaya
Prospek Kerjaya
Program Diploma Sains Komputer (Rangkaian) melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teknikal dalam bidang rangkaian komputer, keselamatan siber, dan pengurusan sistem IT. Graduan program ini berpeluang menceburi kerjaya teknikal dalam pelbagai sektor seperti kerajaan, swasta, telekomunikasi dan teknologi maklumat.
Antara skop kerjaya yang berpotensi termasuk:
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
- Eksekutif Keselamatan IT
- Penyelia Rangkaian
- Pentadbir Sistem Rangkaian
- Penganalisa Data Komunikasi

Daftar Sekarang
Jom Sambung Belajar UCAM
Laluan masa depan anda bermula di sini