Media

Tahniah! 21 Pelajar UCAM Sertai Program Training of Trainers (ToT) STEM di UKM
Tahniah kepada 21 pelajar UCAM yang terpilih menyertai Program Training of Trainers (ToT) STEM di UKM pada 21-22 Jun 2026. Kolaborasi sulung bersama STEM UKM ini bertujuan melahirkan fasilitator bagi Pertandingan i-Pintar di Karnival TVET Melaka 2026.
Sekitar penyertaan UCAM dalam memeriahkan Hari Keusahawanan, Karnival Kerjaya dan Hari Terbuka di SMK Jementah, Johor. Wakil UCAM berkesempatan berkongsi maklumat mengenai program pengajian, peluang pendidikan dan laluan kerjaya bersama para pelajar dan pengunjung.
Sekitar Hari Keusahawanan, Karnival Kerjaya & Hari Terbuka SMK Jementah, Johor
Lawatan Kerja Kolej RISDA ke Ladang FGV Plantation Palong 20: Persediaan Program Harvesting Specialist
Sekitar lawatan kerja Kolej RISDA ke Ladang FGV Plantation Palong 20 sebagai langkah persediaan rapi bagi Program Harvesting Specialist. Lawatan ini bertujuan meninjau kesediaan fasiliti ladang dan menyelaras standard operasi latihan.
Sekitar sesi perkongsian peluang pengajian di UCAM oleh Encik Mohd Murshid bin Amir bersempena Program Tunas Belia anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada 20 Jun 2026 bertempat di Kem Permata, Alor Gajah, Melaka.
Perkongsian Peluang Pengajian UCAM di Program Tunas Belia MAIM 2026
Kunjung Hormat Kolej RISDA ke Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
Sekitar lawatan kunjung hormat Ketua Eksekutif Kolej RISDA Sdn. Bhd. kepada Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Pertemuan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka potensi kerjasama strategik pada masa hadapan.
Sekitar Mesyuarat Pelarasan Program Pensijilan Halal RISDA Negeri Kelantan 2026 yang dihadiri oleh wakil UCAM Halal Centre. Sesi ini bertujuan menyelaras pelaksanaan program pensijilan halal bagi usahawan bimbingan RISDA dengan lebih teratur dan berkesan.
Mesyuarat Pelarasan Program Pensijilan Halal RISDA Negeri Kelantan 2026