Fakulti Pengurusan Perniagaan
Pengenalan
Program Diploma Keusahawanan direka untuk melahirkan usahawan yang kreatif, inovatif dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran dunia perniagaan masa kini. Pelajar akan didedahkan kepada ilmu asas perniagaan, pengurusan, pemasaran, kewangan, serta latihan praktikal dan simulasi keusahawanan bagi membina kemahiran sebenar sebagai pemilik perniagaan atau pemimpin dalam organisasi.
JPT/BPP(R2/345/4/0606)01/25, MQA/A5691
3 Tahun (6 Semester)
RM16,200
Kelayakan Masuk
Struktur Program
Prospek Kerjaya
Kelayakan Masuk
Pelajar Tempatan
- Lulus SPM / SPMV dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu serta lulus Matematik atau Prinsip Akaun; ATAU
- Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- Lulus O-Level dengan sekurang-kurangnya gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kepujian DAN melalui program pengukuhan (jika perlu); ATAU
- Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kepujian DAN melalui program pengukuhan (jika perlu); ATAU
- Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan minimum PNGK 2.00; ATAU
- Lulus STPM atau setara dengan sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran; ATAU
- Lulus STAM dengan minimum pangkat Maqbul; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Struktur Program
Muat Naik PDF Struktur Program
Prospek Kerjaya
Prospek Kerjaya
Program Diploma Keusahawanan membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan perniagaan serta pembangunan keusahawanan. Graduan berpeluang untuk membina kerjaya dalam sektor awam dan swasta, atau menjadi usahawan yang berjaya dalam pelbagai bidang industri.
Antara skop kerjaya yang berpotensi termasuk:
- Usahawan
- Penolong Pegawai / Pengurus
- Eksekutif Pengurusan
- Peluang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang-bidang berkaitan

Daftar Sekarang
Jom Sambung Belajar UCAM
Laluan masa depan anda bermula di sini