Fakulti Pengurusan Perniagaan
Pengenalan
Program Diploma Perniagaantani direka untuk melahirkan usahawan tani moden yang berpengetahuan dalam bidang pertanian, penternakan, pemasaran agro, dan pengurusan perniagaan. Pelajar akan didedahkan kepada kemahiran teknikal serta latihan keusahawanan yang relevan untuk membina perniagaan berasaskan pertanian yang mampan, inovatif dan berskala komersial.
JPT/BPP(R2/340/4/0081)10/26, MQA/FA0896
3 Tahun (6 Semester)
RM16,200
Kelayakan Masuk
Struktur Program
Prospek Kerjaya
Kelayakan Masuk
Pelajar Tempatan
- Lulus SPM / SPMV dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian termasuk:
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Satu (1) subjek lain
Serta lulus Bahasa Inggeris; ATAU
- Lulus O-Level dengan sekurang-kurangnya gred C dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik dan lulus Bahasa Inggeris; ATAU
- Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan minimum satu (1) kredit dalam mana-mana subjek dengan kredit Matematik dan lulus Bahasa Inggeris; ATAU
- Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya satu (1) kepujian dengan kredit Matematik dan lulus Bahasa Inggeris; ATAU
- Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
- Lulus STPM atau setara dengan sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran DAN kepujian dalam Matematik serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM; ATAU
- Lulus STAM dengan minimum pangkat Maqbul DAN kepujian dalam Matematik serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Struktur Program
Muat Naik PDF Struktur Program
Prospek Kerjaya
Prospek Kerjaya
Program Diploma Perniagaantani membuka peluang kerjaya kepada graduan dalam bidang keusahawanan pertanian dan pengurusan perniagaan berasaskan agro. Graduan berupaya untuk menyertai sektor awam atau swasta serta memulakan perniagaan sendiri dalam industri pertanian moden.
Antara skop kerjaya yang berpotensi termasuk:
- Penolong Pegawai / Pengurus di organisasi atau perniagaan berasaskan perniagaantani
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi di organisasi berasaskan pertanian
- Usahawan berasaskan pertanian

Daftar Sekarang
Jom Sambung Belajar UCAM
Laluan masa depan anda bermula di sini