Fakulti Pengurusan Perniagaan
Pengenalan
Program Diploma Kewangan Islam menyediakan pelajar dengan asas pengetahuan dalam bidang kewangan dan perbankan berlandaskan prinsip Syariah. Pelajar akan didedahkan kepada aspek teori dan amali dalam pengurusan kewangan Islam, sistem perbankan Islam, muamalat, zakat dan takaful. Program ini sesuai untuk mereka yang ingin menceburi kerjaya dalam institusi kewangan Islam atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang berkaitan.
JPT/BPP(R/343/4/0220)03/27, MQA/FA8542
3 Tahun (6 Semester)
RM16,200
Kelayakan Masuk
Struktur Program
Prospek Kerjaya
Kelayakan Masuk
Pelajar Tempatan
- Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian iaitu:
- Bahasa Melayu
- Dua (2) mata pelajaran lain
Serta lulus Matematik; ATAU
- Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan sekurang-kurangnya gred B dalam tiga (3) mata pelajaran dan lulus Matematik; ATAU
- Lulus O-Level dengan sekurang-kurangnya gred C dalam tiga (3) mata pelajaran dan lulus Matematik; ATAU
- Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kepujian serta lulus Matematik; ATAU
- Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 KKM dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 kepujian serta lulus Matematik; ATAU
- Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) dalam bidang berkaitan dengan minimum PNGK 2.00; ATAU
- Lulus STPM atau setara dengan sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran; ATAU
- Lulus STAM dengan minimum pangkat Maqbul; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia atau Senat Kolej Universiti Agrosains Malaysia.
Struktur Program
Muat Naik PDF Struktur Program
Prospek Kerjaya
Prospek Kerjaya
Graduan Diploma Kewangan Islam memiliki pengetahuan dalam sistem kewangan berlandaskan Syariah dan berpeluang menceburi pelbagai bidang dalam institusi kewangan Islam, agensi berkaitan zakat, takaful, dan perbankan konvensional yang menawarkan produk berasaskan Syariah.
Antara skop kerjaya yang berpotensi termasuk:
- Penolong Pegawai Bank
- Pembantu Pegawai Tadbir Pusat Zakat
- Eksekutif Pemasaran
- Perancang Kewangan
- Pembantu Pegawai Perakaunan
- Ejen Takaful
- Penasihat Kewangan
- Eksekutif Unit Pelaburan
- Broker

Daftar Sekarang
Jom Sambung Belajar UCAM
Laluan masa depan anda bermula di sini