August 26, 2025

UCAM Raih Pengiktirafan di International Symposium on Sustainable Agriculture 2025

UCAM Raih Pengiktirafan di International Symposium on Sustainable Agriculture 2025

Universiti College of Agroscience Malaysia (UCAM) telah menyertai International Symposium on Sustainable Agriculture 2025 yang berlangsung pada 19 – 20 Ogos 2025 di Faculty of Technology and Community Development, Thaksin University, Thailand.

Simposium ini menghimpunkan para penyelidik dan pelajar sarjana daripada pelbagai institusi serantau yang mewakili tiga negara iaitu Thailand, Malaysia dan Indonesia. Antara universiti yang terlibat termasuklah Thaksin University, Thailand, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Universitas Maria Kudus (UMK), Indonesia.

Objektif utama simposium ini adalah untuk menjadi platform perkongsian ilmu, menggalakkan kerjasama akademik dan memperkukuh rangkaian dalam bidang pertanian mampan.

Lebih membanggakan, pembentangan daripada UCAM telah menerima pengiktirafan sebagai ‘Excellent Presentation’ dalam simposium ini. Tahniah diucapkan kepada para penyelidik UCAM! Semoga kejayaan ini terus mengukuhkan kedudukan UCAM setanding dengan IPT lain di persada antarabangsa.

Artikel Berkenaan