Tahniah atas Pengiktirafan Teknologis Profesional!
Dengan penuh rasa bangga, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. Sr. Gs. Shahira A’in binti Noor Azmi, Dekan Fakulti Agrosains, atas pengiktirafan rasmi sebagai Teknologis Profesional (Resource Based, Survey & Geomatics Technology) oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). 🇲🇾
- Tarikh Pendaftaran: 10 Oktober 2025
- No. Perakuan: PT25100240
Pengiktirafan ini membuktikan dedikasi, kepakaran dan komitmen beliau dalam bidang teknologi serta penyelidikan, khususnya dalam bidang sumber, ukur dan geomatik.
Pencapaian ini bukan sahaja mengangkat nama beliau sebagai ahli akademik yang berwibawa, tetapi turut menjadi inspirasi kepada seluruh warga UCAM untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.
UCAM merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan tahniah atas kejayaan ini.