Tahniah, ChM. Maria Sabtu!
Seorang lagi warga Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) telah mengharumkan nama universiti di peringkat profesional.
ChM. Maria Sabtu, Pensyarah di Fakulti Agrosains UCAM, kini diiktiraf sebagai Ahli Profesional Institut Kimia Malaysia (IKM).
Pengiktirafan ini merupakan bukti ketekunan, kepakaran serta semangat akademik yang tinggi dalam bidang kimia dan penyelidikan yang diceburi oleh beliau.
Kejayaan ini bukan sahaja mengiktiraf pencapaian individu, tetapi turut mencerminkan komitmen UCAM dalam melahirkan tenaga akademik yang berkaliber, profesional dan diiktiraf di peringkat kebangsaan.
Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga UCAM untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang masing-masing dan mengangkat martabat universiti ke tahap yang lebih gemilang.