Setinggi-tinggi Tahniah!
Tahniah diucapkan kepada Kapten Bersekutu (PA) Khairil Shukri Bin Mohamad Tahier, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Pengantarabangsaan (HEPA), atas pelantikan beliau sebagai Juri Pertandingan Inovasi Kitar Semula sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2025.
Tarikh: 6 September 2025
Lokasi: Dataran Pahlawan Megamall, Melaka
Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, sebagai usaha menggalakkan inovasi dan kelestarian alam sekitar dalam kalangan belia.
Syabas dan tahniah atas penglibatan aktif ini yang mencerminkan komitmen UCAM dalam menyokong agenda inovasi, kelestarian, dan pembangunan belia di peringkat negeri.