Salam Sayyidul Ayyam (سَيِّدُ الأَيَّام)
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Amin bin Hadarih, Pensyarah Jabatan Landskap dan Alam Sekitar, Fakulti Agrosains, atas pelantikan sebagai Ketua Juri Pertandingan Art Collage Pelajar Program Projek Alam Bina Tahun 2025 (ProAlBi2025).
Pertandingan ini telah berlangsung pada 27 Ogos 2025 (Rabu) anjuran Kolej Komuniti Masjid Tanah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Pelantikan ini mencerminkan kepercayaan terhadap kepakaran, komitmen, serta sumbangan beliau dalam bidang landskap dan alam sekitar.
Semoga kejayaan ini terus mengharumkan nama fakulti dan universiti serta menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar. 🌿✨