August 21, 2025

Tahniah Dr. Mohd Syafik Dilantik Penceramah Program Sekolah Angkat – Road to Malaysia Techlympics 2025

Dr. Syafik wakili UCAM sebagai penceramah Techlympics 2025.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Syafik bin Mohamad Hamdan, Ketua Jabatan Agroteknologi, Fakulti Agrosains, Kolej Universiti Agrosains Malaysia atas pelantikan sebagai Penceramah Program Sekolah Angkat (PSA) – Road to Malaysia Techlympics 2025 anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Program ini telah berlangsung pada 29 Julai 2025 yang lau di Kampus Teknologi UTEM melibatkan sekolah-sekolah di negeri Melaka, anjuran Pusat Pengurusan Kolaborasi UTEM.

Semoga Dr. akan terus cemerlang menyumbang kepakaran serta memberi inspirasi dalam Kategori Cabaran Bioekonomi, seterusnya memperkukuh peranan UCAM dalam pembangunan ilmu, inovasi dan bakat belia negara.
Tahniah dan syabas diucapkan!

Artikel Berkenaan