Program Mendaki Gunung Datuk Bersama Siswa & Siswi UCAM
Pada September 2025, sekumpulan siswa dan siswi UCAM telah menyertai Program Mendaki Gunung Datuk sebagai salah satu aktiviti luar yang mencabar ketahanan fizikal dan mental.
Pendakian ini bukan sahaja menguji daya ketahanan diri, malah turut memperkukuh semangat kebersamaan, kerjasama berpasukan dan disiplin dalam kalangan mahasiswa.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menawan puncak Gunung Datuk dengan penuh semangat dan kegigihan. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan berharga serta pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar di masa hadapan.