Satu sesi pembajaan bersama kontraktor telah dijalankan di kebun getah milik pekebun kecil sekitar Alor Gajah sebagai usaha meningkatkan produktiviti tanaman serta memastikan pengurusan kebun dijalankan dengan lebih sistematik.
Sesi ini turut mendapat kerjasama dan pemantauan langsung daripada Ketua Stesen RISDA Alor Gajah, Encik Jabbar, bersama pegawai lapangan RISDA, Encik Thaqif, yang hadir bagi memberi bimbingan teknikal serta sokongan kepada para pekebun kecil.
Seiring dengan Kajian di bawah Geran Kursi Mat Isa Pandak Mat Aris yang sedang dilaksanakan bersama Dr Mohd Syafik dan team , iaitu mengenai Aplikasi Baja Organik BBOE ke atas Tanaman Getah sebagai Langkah Tambahan Dalam Kawalan Penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis, sesi pembajaan ini turut menjadi platform untuk menilai keberkesanan baja berkenaan serta memberi pendedahan kepada pekebun kecil mengenai potensi penggunaannya di lapangan.