Pada 13 September 2025 yang lalu, Panggung Seri JKKN Melaka telah menyaksikan Pertandingan Akhir Sketsa Duo Peringkat Negeri Melaka dengan kemunculan penuh bersemangat oleh YDP MPP UCAM, Muhammad Hidayat Bin Mohd Nor.
Persembahan ini bukan sahaja mencerminkan semangat kreativiti dan bakat mahasiswa UCAM, malah menjadi platform penting untuk memupuk keyakinan serta pengalaman berharga dalam dunia seni pentas.
Semoga penglibatan ini menjadi kenangan manis dan pemangkin kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Terus harumkan nama UCAM dan jadi inspirasi buat seluruh mahasiswa!