Sekitar suasana pengundian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kolej Kediaman (JKK) UCAM Sesi 2025/2026
Suasana di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) pada 7 Oktober 2025 (Selasa) begitu meriah dan penuh semangat apabila para pelajar turun beramai-ramai menunaikan tanggungjawab sebagai warga kampus untuk memilih barisan kepimpinan baharu bagi MPP dan JKK UCAM Sesi 2025/2026.
- Tarikh: 7 Oktober 2025 (Selasa)
- Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
- Tempat: Makmal Komputer 1
Proses pengundian dijalankan dengan teratur dan lancar, mencerminkan kesedaran sivik serta semangat demokrasi dalam kalangan mahasiswa UCAM.
Tahniah diucapkan kepada semua calon dan pengundi atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan. Semoga kepimpinan baharu yang dipilih dapat meneruskan usaha memperkasakan suara pelajar serta memacu kecemerlangan kampus ke arah yang lebih dinamik dan progresif.