Alhamdulillah, Selesai Sambutan Ambang Kemerdekaan UCAM 2025
Alhamdulillah, sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat UCAM 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah pada malam tadi bertempat di Student Centre, Bangunan S. Majlis ini turut dihadiri oleh semua kakitangan HEPA bersama TR HEPA, sekali gus menambah seri acara sambutan.
Acara dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, diikuti dengan bacaan Yaasin dan tahlil sebagai tanda kesyukuran. Majlis turut diserikan dengan pidato dan sajak kemerdekaan, persembahan tarian tradisional, serta acara Imbauan Menuju Kemerdekaan yang penuh bermakna.
Sebagai penutup, suasana malam di UCAM diterangi dengan pertunjukan bunga api yang memukau, menandakan semangat kecintaan terhadap tanah air sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025.