Sekitar Pameran Industri dan Kerjaya
UCAM telah turut serta dalam Pameran Industri dan Kerjaya Institusi Awam dan Swasta yang berlangsung di SMK Dang Anum pada hari ini.
Penyertaan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan maklumat mengenai program pengajian, peluang kerjaya, serta laluan pendidikan tinggi yang ditawarkan oleh UCAM dan institusi lain.
Semoga pameran ini menjadi platform bermanfaat dalam memberi inspirasi serta panduan kepada pelajar untuk merancang masa depan mereka.