Sekitar Kursus Ke Arah Pensijilan Halal Malaysia anjuran Bahagian Pendidikan Kemahiran, KEMAS Ibu Pejabat dengan kerjasama UCAM Halal Centre pada 18–19 Ogos 2025 bertempat di Institut Latihan KEMAS, Kuala Lumpur.
.
Kursus ini disampaikan oleh pensyarah yang juga merupakan tenaga pengajar Halal di UCAM Halal Centre iaitu Ustazah Khairulneza binti Juaher, Ustazah Siti Nadiah binti Babge, dan Pn. Noor Elidawati binti Bahari.
Peserta terdiri daripada Penyelia Pendidikan Kemahiran dan Pemaju Masyarakat Masakan Malaysia dari seluruh negara.
Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Hanafiah bin Man, Ketua Pengarah KEMAS Malaysia.
Semoga usaha ini memberi manfaat besar kepada warga KEMAS dalam melahirkan dapur patuh halal dan memperluaskan potensi produk ke pasaran yang lebih luas, insya-Allah.