August 28, 2025

Sekitar Karnival Pendidikan & Kerjaya Murid (SUKSES) Negeri Perak di ADTEC Taiping

UCAM sertai Karnival SUKSES Perak 2025, beri inspirasi pelajar SPM pilih haluan pengajian lebih tinggi.

Program Karnival Pendidikan & Kerjaya Murid (SUKSES) peringkat Negeri Perak telah berlangsung dengan jayanya pada 19 hingga 20 Ogos 2025 bertempat di ADTEC Taiping.

Sekalung penghargaan ditujukan kepada Cik Hanim Farhana Bt. Abd Rahman, Puan Nadzirah Bt. Roslan, dan Puan Mazliana Bt. Mohamad atas komitmen serta dedikasi mereka dalam memastikan kelancaran program ini berjalan dengan baik. 🙌

Karnival ini membuka ruang kepada para pelajar, khususnya calon SPM 2025, untuk mendapatkan pendedahan awal mengenai peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai rakan strategik dalam pembangunan pendidikan negara, UCAM menyeru adik-adik lepasan SPM agar memilih UCAM sebagai destinasi pengajian demi masa depan yang lebih cerah.
Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Artikel Berkenaan