Program Satelit Madani Rakyat 2025 telah diadakan di Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh, Jasin, melibatkan warga Felda Wilayah Segamat pada 19 Oktober 2025 yang lalu.
Program ini memberi ruang kepada komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat, khidmat rundingan serta peluang pembangunan sosial dan pendidikan selaras dengan agenda Malaysia Madani. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.













