Program Perkampungan Ilmu SPM 2025
SMK Air Molek dengan kerjasama Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) akan menganjurkan Program Perkampungan Ilmu SPM 2025 yang bertujuan memberikan pendedahan, bimbingan serta motivasi kepada murid-murid cemerlang yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2025.
- Tarikh: 6 – 8 Oktober 2025 (Isnin, Selasa & Rabu)
- Tempat: Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Melaka
Program ini turut mendapat sokongan penuh daripada:
- Tn Hj Saufi bin Mat Kahar, Pengetua SMK Air Molek
- YBhg Ts Dr Rossly bin Salleh, Rektor UCAM
- Tn Irfan Syardi bin Abd Manaf, Yang Dipertua PIBG SMK Air Molek
Penganjuran program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik, selain melahirkan calon SPM yang berdaya saing, berdisiplin dan berwawasan tinggi.
Kerjasama antara SMK Air Molek dan UCAM ini juga mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan menengah dan pengajian tinggi, bagi membina generasi pelajar yang lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan.