November 18, 2025

Program Malaysian–China Youth TVET Training (MCYTT) Kumpulan Kedua 2025

TVET Antarabangsa Malaysia–China Perkasa Belia Dalam Pertanian Moden

Program Malaysian–China Youth TVET Training (MCYTT) — Kumpulan Kedua

Heze Information Engineering School of Shandong Province (8–17 November 2025)

UCAM sekali lagi berpeluang menghantar peserta bagi mengikuti latihan TVET bertaraf antarabangsa di China dalam bidang:

  • Pertanian moden
  • Teknologi digital
  • Pembangunan luar bandar

Program ini memberi pendedahan langsung kepada belia Malaysia mengenai inovasi pertanian, transformasi teknologi serta budaya kerja industri di China.

Melalui kerjasama strategik Malaysia–China ini, para peserta bukan sahaja memperoleh ilmu baharu, malah turut berpeluang membina jaringan profesional di peringkat global.

Inisiatif ini menjadi platform penting untuk memperkasa belia Malaysia sebagai pemimpin masa hadapan dalam sektor agromakanan dan teknologi pertanian.

Artikel Berkenaan