October 10, 2025

Pilihan Raya Kampus UCAM 2025 berjaya dilaksanakan dengan lancar

Jom sambung ucam background

Pilihan Raya Kampus Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Oktober 2025.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang telah berjaya dipilih untuk memegang jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2025/2026. Semoga pelantikan ini menjadi platform untuk terus menyumbang idea, tenaga dan kepimpinan dalam memperkasa suara pelajar serta memacu kecemerlangan kolej.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025 atas komitmen, dedikasi dan khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Semoga kepimpinan baharu ini terus membawa aspirasi mahasiswa UCAM ke arah kecemerlangan akademik, keutuhan sahsiah serta budaya ilmu yang unggul dan berdaya saing.

Pilihan raya kampus ucam 2025
Majlis perwakilan pelajar ucam 2025 2026

Artikel Berkenaan