October 12, 2025

Penutupan Gemilang Ekspo TVET@KKDW 2025 Raih Sambutan Luar Biasa di Perak

Penutupan ekspo tvet kkdw 2025

Hari terakhir 𝐄𝐤𝐬𝐩𝐨 𝐓𝐕𝐄𝐓@𝐊𝐊𝐃𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟓 menyaksikan sambutan luar biasa daripada warga Perak yang tidak melepaskan peluang merasai sendiri dunia TVET yang penuh inspirasi serta menjanjikan pelbagai peluang masa depan.

Pameran interaktif, demonstrasi kemahiran dan tawaran kerjaya daripada pelbagai institusi serta agensi menjadikan ekspo ini bukan sekadar pameran biasa — tetapi satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, bermanfaat dan membuka minda masyarakat terhadap potensi pendidikan TVET.

Ekspo ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh kesedaran awam mengenai kepentingan kemahiran, inovasi dan teknologi tinggi dalam membina tenaga kerja masa depan negara.

“TVET Masa Depan: Berkemahiran, Berinovasi, Berteknologi Tinggi.”

Sumber – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Artikel Berkenaan