20/08/2026
Proses Pilihan Raya Kampus (PRK) UCAM bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2026/2027 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan aktif mahasiswa dalam menunaikan hak mengundi.
19/08/2026
UCAM mempelawa orang ramai untuk menyertai Kursus Pengurusan Kewangan pada 20 dan 21 Oktober 2026. Kursus yang boleh dituntut melalui HRDC ini menawarkan yuran serendah RM399, lengkap dengan kemudahan penginapan, makanan, dan sijil penyertaan.
19/08/2026
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RAIMC) dan seluruh warga KRUCAM menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan penyelidik atas kejayaan memperoleh dana dan pelantikan bagi empat projek penyelidikan yang memfokuskan kepada inovasi dan pembangunan komuniti.
19/08/2026
UCAM dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah menganjurkan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani 2026 khusus buat pelajar Semester 1 dan 2 bagi memupuk nilai kenegaraan serta kecintaan terhadap negara.
18/08/2026
UCAM mengucapkan tahniah kepada Ts. Sr. Gs. Shahira Ai’n binti Noor Azmi atas kejayaan menerbitkan artikel mengenai TVET pertanian dalam sisipan The Star Education, sekali gus membuktikan komitmen akademik universiti menyebarluaskan ilmu kepada masyarakat.
18/08/2026
UCAM merakamkan tahniah kepada Dr. Mohd Syafik bin Mohamad Hamdan atas kejayaan menerbitkan artikel mengenai potensi industri gaharu di akhbar Berita Harian, sekali gus menyebarluaskan ilmu dan kepakaran universiti kepada masyarakat.






