Media

Perbincangan Kerjasama KRSB & FGV Plantation: Pelaksanaan Program Harvesting Specialist
Sekitar perbincangan dua hala antara Kolej RISDA Sdn. Bhd. (KRSB) dan FGV Plantation Management di Kuala Lumpur. Pertemuan ini memfokuskan kepada perancangan dan pelaksanaan Program Harvesting Specialist bagi memacu industri perladangan negara.
Sekitar lawatan kerja rasmi dan pemantauan YB Pengerusi RISDA ke Projek Tanaman Getah Berskala Besar (TGBB) UCAM di Melaka hari ini. Kunjungan ini bertujuan meninjau perkembangan semasa projek dan memperkukuh komitmen memajukan industri getah negara secara mampan.
Lawatan Kerja Rasmi YB Pengerusi RISDA ke Projek Tanaman Getah Berskala Besar (TGBB) UCAM
YB Pengerusi RISDA & Pihak UCAM Menyantuni Keluarga Allahyarham Staf UCAM
YB Pengerusi RISDA bersama delegasi pihak UCAM telah meluangkan masa menziarahi dan menyantuni ahli keluarga staf UCAM yang kembali ke Rahmatullah sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral. Salam takziah dan Al-Fatihah.
Sekitar perjalanan Program Khidmat Masyarakat (Subjek MPU) di SK Bandar Hilir. Program ini bertujuan memupuk nilai kesukarelawanan, semangat kerjasama berpasukan serta tanggungjawab sosial pelajar menerusi sumbangan bakti kepada komuniti sekolah.
Program Khidmat Masyarakat Pelajar (Subjek MPU) di SK Bandar Hilir
Kemeriahan Program PERSADA ACTIONHUNT: Unlock The Pieces Bersama PERSADA UTeM
Sekitar kemeriahan Program PERSADA ACTIONHUNT: Unlock The Pieces anjuran bersama PERSADA UTeM. Program explorace ini bertujuan mengeratkan silaturahim serta memperkukuh semangat kepimpinan dan kerja berpasukan mahasiswa PERSADA Zon Selatan.
Sekitar Majlis Penutup Kursus Kepimpinan SMK Sultan Alauddin di UCAM yang disempurnakan oleh Timbalan Rektor HEPA UCAM, KAPT Bersekutu (PA) Khairil Shukri bin Mohd Tahier. Semoga program ini berjaya melahirkan pemimpin muda yang berwibawa dan berintegriti.
Majlis Penutup Kursus Kepimpinan SMK Sultan Alauddin di UCAM