Majlis Apresiasi & Makan Malam FAS 2025
Malam penuh glam & glitz meraikan kejayaan dan dedikasi warga Fakulti.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Dekan dan setinggi-tinggi penghargaan buat pihak penganjur atas penganjuran majlis yang begitu gilang-gemilang.
Malam ini bukan sekadar meraikan pencapaian, tetapi turut menzahirkan:
- Semangat usaha dan ketekunan
- Penghargaan terhadap kecemerlangan akademik
- Ikatan kekeluargaan yang memperkukuh komuniti fakulti
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk mencapai lebih banyak pencapaian pada masa hadapan. 🌟













