October 9, 2025

Lawatan kunjung hormat HELP Education Group ke Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM)

Lawatan strategik help ke ucam

Sekitar lawatan kunjung hormat daripada HELP Education Group Sdn. Bhd. / HELP University ke Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) baru-baru ini.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik dan menjalin kerjasama akademik antara kedua-dua institusi pendidikan tinggi. Perbincangan turut menyentuh potensi kolaborasi dalam bidang penyelidikan, mobiliti pelajar, pertukaran tenaga pengajar serta perkongsian kepakaran akademik antara UCAM dan HELP University.

Kunjungan mesra ini menjadi platform untuk meneroka peluang baharu dalam bidang pendidikan, latihan dan pembangunan pelajar, selaras dengan aspirasi UCAM untuk terus berkembang sebagai institusi yang berdaya saing dan berpaksikan kecemerlangan ilmu.

Terima kasih diucapkan kepada wakil HELP Education Group / HELP University atas kunjungan dan minat yang ditunjukkan terhadap potensi kerjasama bersama UCAM.

Artikel Berkenaan