Kapasiti pensyarah terus diperkasakan melalui Kursus IoT (Ladang) Mudah, Murah & Pintar yang berlangsung selama dua hari pada 22–23 Oktober 2025. Kursus ini dikendalikan oleh Ts. Hafizal bin Ramli, Naib Johan Kebangsaan Pertandingan Inovasi Pertanian Malaysia 2025, yang berkongsi kepakaran beliau dalam teknologi pertanian pintar.
Fokus utama kursus adalah latihan amali Sistem Smart Farming, yang membolehkan kawalan tanaman secara automatik melalui telefon pintar, merangkumi:
- Sistem penyiraman automatik
- Pembajaan berjadual
- Pemantauan pH, EC dan paras air
Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, malah membuka peluang kepada inovasi dan penyelidikan dalam bidang pertanian moden berteknologi tinggi.













