Sekitar Program Kompetensi Kaunselor Dalam Perkhidmatan Kaunseling anjuran Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Pengantarabangsaan UCAM, telah berjaya diadakan pada 10 dan 11 Jun 2025 di Dewan Tuah, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).
Ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan penceramah, ahli panel, jawatankuasa penganjur dan peserta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung demi memastikan kejayaan program ini.
Diharapkan sesi perkongsian dan pembelajaran yang diperoleh dapat meningkatkan profesionalisme dan keberkesanan perkhidmatan kaunseling, demi kebaikan pelajar dan institusi.